...BISMILLAH PEMBUKA BICARA...

...BISMILLAH PEMBUKA BICARA...

Sabtu, 6 Mac 2010

AKTIVITI AKU JANJI IBU BAPA ANGKAT DAN ANAK ANGKAT (IBA) TAHUN 6 2010


Ibu Bapa menyerahkan anak kepada Ibu Bapa Angkat (Guru)

Ketibaan perasmi Dr. Hj Mohd Kassim Hj Mohd Ibrahim Pegawai Pelajaran Daerah Kota Kinabalu bagi menyempurnakan acara perasmian


Kehadiran ibu Bapa dan juga bekas murid Sk Mutiara sebagai penyuntik semangat kepada murid-murid untuk terus mengorak langkah kejayaan

Rabu, 3 Mac 2010

PERARAKAN MAULIDURRASUL 2010M/1431H


Alhamdulillah, kontijen SK Mutiara buat pertama kali mewakili perarakan Maulidurrasul pada tahun ini. Ini merupakan kemenangan besar bagi guru dan murid-murid kerana akhirnya, dapat menyertai perarakan ini yang memang dirancang setiap tahun namun sering kali gagal menyertainya atas sebab-sebab tertentu.


Antara orang kuat dan yang membantu menyiapkan sepanduk. Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat, walaupun tidak menang tapi itu bukan matlamat utama. Cinta rasul adalah yang utama. Gambar atas ( Cigu Roslee dan Cigu Rosalia membuat persiapan terakhir)

Guru-guru dan murid-murid yang turut serta dalam perarakan tahun ini. Tiada dalam gambar ( Us Basri, Us Idris, Us Arbaen )


Memantap Ukhuwwah Memperkasa Ummah merupakan tema tahun ini. Perarakan ini alhamdulillah dapat merapatkan ukhuwwah antara rakan sekerja dan juga antara guru dengan murid. Amiiiiiiiinn ya Rabb..

Kelihatan YB Hafiz Abdullah diiringi dengan sepanduk yang dibawa Us Basri dan Cigu Roslee menuju ke Dewan Saadah untuk upacara perasmian. (YB = Yang Berarak bukan yang berhormat )